UKHUWAH DOESNT ALWAYS NEED TOGETHERNESS AND CONVERSATION AS LONG AS THE RELATION LIVE IN THE DUA'AA

Sunday, July 31, 2011

Hukum niat puasa sebulan atau tiap-tiap hari?


ASSALAMUALAIKUM..
tgh men fb,tiba2 da seorg shbt post artikel ni kat blog dye..pasal niat puasa..biasa nya ustazah,ustaz,mak ayah,nenek bgtau'esk dh pose,jgn lupe tiap2 hari niat pose..sebelum subuh'..pastu da terdgr plak..bole niat utk sebulan,hmmm..kalu nk tau lebih lanjut,bc la artikel ni.. (^_^)
Bolehkah kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan tanpa perlu berniat puasa Fardu Ramadhan tiap-tiap hari?

Jawabnya pendapat bagi niat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan ini sebenarnya bukanlah pendapat daripada mazhab Syafie. Pendapat dalam mazhab Syafie ialah berniat puasa fardu Ramadhan adalah wajib tiap-tiap hari. Umpamanya esok mahu berpuasa makanya malam ini kita berniat puasa Fardu Ramadhan. Begitulah untuk hari-hari yang seterusnya. Maka bagi kita yang selama ini sentiasa berpandukan atau berpegang pada pendapat-pendapat dalam mazhab Syafie hendaklah niat tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan.

Maka persoalannya, adakah boleh kita amalkan pendapat yang mengatakan boleh niat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan?

Jawabnya tiada masalah untuk kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan TETAPI perlu juga kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan itu.

Jadi timbul pula persoalan, apa gunanya kita berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan pada awal Ramadhan dan niat pula puasa Fardu Ramadhan untuk tiap-tiap hari?

Jawabnya jika dalam bulan Ramadhan itu ada hari yang kita terlupa untuk berniat puasa umpamanya pada hari ke-10 Ramadhan kita terlupa untuk berniat puasa maka perbuatan kita terlupa itu dimaaf dan puasa kita pada hari itu adalah sah kerana kita sudah berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan pada awal Ramadhan. Dalam situasi ini, niat puasa sebulan yang kita niatkan pada awal Ramadhan itu akan menampung hari yang kita terlupa untuk niat puasa itu.

Jadi yang terbaiknya ialah kita berniat untuk puasa sebulan dalam bulan Ramadhan dan kemudian kita berniat pula puasa Fardu Ramadhan untuk esok iaitu hari pertama puasa Ramadhan itu. Dan untuk hari-hari berikutnya kita berniat puasa tiap-tiap hari seperti biasa.

Niat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan lebih kurang begini, ”Sahaja aku puasa Fardu Ramadhan, sebulan penuh dalam bulan Ramadhan  kerana Allah Ta’ala”.

Dan niat puasa untuk tiap-tiap hari seumpama beginilah, ”Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan Fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala”.

Sebagai penambahan, berniat puasa Fardu Ramadhan tidak disyaratkan dalam keadaan berdiri, tenang dan sebagainya. Boleh berniat puasa Fardu Ramadhan ketika dalam solat. Umpamanya ketika sedang tahiyyat akhir solat Fardu Maghrib, boleh berniat puasa pada ketika itu. Boleh juga berniat puasa ketika sedang berbuka puasa dan sebagainya. Berniat puasa tidak disyaratkan dilafaz pada lidah, sekiranya dilafazkan pada lidah sekalipun niat itu maka tiada cukup kerana wajibnya ialah dihadirkan niat itu di dalam hati. Berniat puasa itu ialah pada waktu malam.

Apa yang dimaksudkan dengan waktu malam?  

Jawabnya yang dimaksudkan dengan waktu malam ialah suatu waktu daripada terbenam matahari sehingga terbit fajar. Maka tiada puasa Fardu Ramadhan bagi orang yang berniat puasa Fardu Ramadhan pada siang hari.

Kesimpulannya, boleh berniat puasa Fardu Ramadhan untuk sebulan DAN perlu juga ke atas kita untuk berniat puasa Fardu Ramadhan bagi tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan itu.

** Mohon disebarkan pada semua, moga tiap-tiap yang membaca dapat manfaat darinya.

*** Setiap apa yang ana sebarkan yang mengandungi hukum dan sebagainya berdasarkan pendapat  mazhab Syafi’e
*SHARING IS CARING*

Saturday, July 30, 2011

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN..

assalamualaikum..
sempena bulan ramadhan akn tiba,dlm beberapa jam ag...semua umat islam d wajib kn utk berpuasa..iaitu menahan diri drpd mkn,minum,dan beberapa perkara yg boleh membatalkn pose dr terbit matahri hinggala terbenam d serta kn ngn niat..

Lafaz niat puasa Ramadhan:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

antara kelebihan bulan ramadhan..

  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
    Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
    Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)



*bersmbung.... (^_^)