UKHUWAH DOESNT ALWAYS NEED TOGETHERNESS AND CONVERSATION AS LONG AS THE RELATION LIVE IN THE DUA'AA

Friday, August 5, 2011

KANDUNGAN DOA RASULLAH

Kita sering berdoa dan secara amnya, setiap kali kita mendirikan solat fardhu 5 waktu, doa akan turut mengiring selepas kita berzikir dan memberi salam. Itu tak termasuk lagi kalau kita menunaikan solat-solat sunat. Sudah tentu, banyak doa yang telah kita pohon kepada Allah. Cuma, samada doa kita telah dimakbulkan atau belum. Itu semua atas kehendak Allah taala.

Hadith Rasulullah saw - Seorang sahabat baginda iaitu Ibnu Mas�ud r.a (Allah redha kepadanya) yang telah diberi gelaran �lelaki yang diangkat hijabnya� (kerana beliau adalah satu-satunya sahabat yang boleh masuk ke rumah Rasulullah saw dalam apa jua waktu dan keadaan) telah datang ke rumah baginda. Beliau kerap kali mendengar Rasulullah saw berdoa kepada Allah dengan memohon 4 perkara.

4 perkara tersebut ialah :

1. mohon petunjukdan hidayah daripada Allah � kerana mana-mana manusia tidak mampu malah tidak boleh memberi petunjuk dan hidayah kepada orang lain.

2. mohon taqwa � dan taqwa mempunyai 3 ciri :
a) Allah ditaati dan bukan diingkari
b) Allah disyukuri dan bukan dikufuri
c) Allah diingati dan bukan dilupai
- Allah adalah tempat untuk memohon pertolongan yang pertama dan utama sebelum kita mohon pertolongan daripada orang lain. Sebagai bukti bahawa Allah adalah tempat kita bergantung sepenuhnya atas dasar kita adalah manusia yang lemah.

3. mohon agar tidak rakuskan dunia � mohon agar dihindarkan dari sifat tamak haloba akan kenikmatan dunia yang bersifat sementara dan melalaikan samada dalam bentuk harta kekayaan, zuriat keturunan, pangkat dan darjat serta lain-lain. Untuk itu, kita mohon agar diberi sifat qana�ah @ merasa cukup dengan apa yang ada. Iaitu sifat �iffah�

4. mohon agar diberi kaya hati � iaitu berasa tenang dengan kehidupan yang serba sederhana. Biar miskin harta tapi kaya jiwa. Iaitu sifat �ghinnah�.

Oleh yang demikian, dalam doa seharian kita, hendaklah disertakan dengan 4 perkara ini kerana ia adalah doa yang sering dipohon oleh baginda Rasulullah saw. Tambahan pula kita adalah hamba Allah dan umat Rasulullah saw yang lemah dan serba kekurangan.

�Ya Allah, aku mohon kepada Mu petunjuk, taqwa, iffah dan ghinnah�

No comments: