UKHUWAH DOESNT ALWAYS NEED TOGETHERNESS AND CONVERSATION AS LONG AS THE RELATION LIVE IN THE DUA'AA

Sunday, August 14, 2011

KENAPA PERLU BERSYUKUR?


Terdapat sebuah kisah yang diceritakan oleh kakak saya beberapa hari lalu.
Terdapat seorang lelaki yang alim dan warak di satu padang pasir yang berkata beliau mampu mendapat panduan Ilahi dalam mimpinya.
Maka datanglah dua orang lelaki menemui orang tua ini untuk bertanyakan pendapat mengenai masalah mereka.
Lelaki yang pertama adalah seorang yang sangat kaya-raya. Beliau berjumpa dengan orang tua ini dan bertanya kepadanya:
"Saya bersyukur kepada Allah atas segala kurniaan rezekinya kepada saya yang tidak henti-henti. Saya sudah cukup dengan apa yang ada dan tidak mampu lagi menanggung harta yang banyak ini. Namun jika boleh, saya ingin tuan bertanya kepada Tuhan, bagaimana saya hendak cukup dengan apa yang ada"
Kemudian lelaki itu pergi meninggalkan orang tua itu. Kemudian datang lelaki kedua.
Kali ini lelaki ini adalah seorang fakir miskin yang sering merungut. Dia berkata kepada orang tua itu
"Tuan, bolehkah tuan tanya kepada Tuhan, kenapa dia tidak memberikan saya rezeki, saya telah bekerja keras, berusaha siang dan malam, dan saya tidak mendapat rezeki yang sepatutnya. Tanya bagaimana untuk saya mendapat rezeki yang banyak ?"
Maka laki yang kedua pun pulang.
Selepas seminggu kedua-dua lelaki ini datang semula kepada orang tua itu dan bertanyanya. Apa jawapan yang diperolehinya.
Untuk lelaki yang kaya-raya itu, jawap orang tua ini "Tuhan memberi ilham kepada aku, supaya engkau bersyukur"
"Alhamdulillah syukur, syukur. Aku telah mendapat kaedah yang terbaik. Aku perlu lebih bersyukur. Alhamdulillah syukur"
Maka bertanya pula laki yang kedua, apa pula jawapan yang diberikan Tuhan kepada permasalahannya ?
Orang tua itu menjawab "Tuhan memberi ilham kepada aku, supaya engkau juga bersyukur"
Lelaki itu terus berkerut dahinya dan berkata "Huh? Bersyukur? Apa yang aku dapat dengan bersyukur? Aku hidup susah,semua tidak kena dalam hidup ini, tidak ada apa untuk aku bersyukur. Bagaimana untuk aku bersyukur?"
Inilah realiti orang yang bersyukur dan orang yang tidak bersyukur. Orang yang bersyukur akan mendapatkan 1000 sebab untuk bersyukur manakala orang yang tidak bersyukur hanya akan nampak negatif dalam kehidupannya. :))

1 comment:

ayman said...

Allah berfirman dlm al-quran "...dan sgt sedikit dr hamba-Ku yg bersyukur" pastikn kita berada di dlm gol. yg sedikit itu.. ;)