UKHUWAH DOESNT ALWAYS NEED TOGETHERNESS AND CONVERSATION AS LONG AS THE RELATION LIVE IN THE DUA'AA

Wednesday, September 26, 2012

MATAHARI


Assalamualaikum ^^,

"JADILAH SEPERTINYA,
SINAR CAHAYA KEPADA SEMUA,
SUMBER TENAGA SEGALA,PAKSI UNTUK SEMESTA,
SINARNYA SAMPAI WALAU DALAM GELITA"


dari mana saya dpt title matahari ni ? jeng3..cepat3 google!...ooo ic 2x~



Secara ringkasnya, ‘Matahari memberikan 1001 satu pengajaran berguna dalam kehidupan insan. Setiap ceritanya berkait dengan sisi kehidupan yang berbeza. Percintaan, perjuangan, rumah tangga, alam persekolahan dan sebagainya. Namun, mesejnya tetap sama. Islam dijadikan sebagai teras dalam penceritaan dan Allah S.W.T dijadikan tempat penggantungan yang hakiki bagi setiap Muslim. Alangkah indahnya hidup ini jika kita mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.

Amat terkesan dengan hasil karya hilal asyraf..cerita yg ringkas tapi padat dengan mesej2 yg tarbiyah.cerpen2 ni dapat mendidik jiwa pembaca =)

saya belom abis baca buku ni tp antara yang menjadi kegemaran saya buat setakat ini ialah ‘Matahari 2’ dan ‘Bulan’. Kedua-dua cerita ini berkisarkan kehidupan seorang guru baru yang ditugaskan untuk mengajar dan menjadi warden di sebuah sekolah yang terkenal dengan kenakalan dan masalah disiplinnya serta menyimpang jauh dari landasan Islam itu sendiri. Saya tertarik dengan cara penyampaian saudara Hilal Asyraf yang begitu bersahaja tetapi dalam masa yang sama mampu membuatkan pembaca berfikir isu dan mesej yang cuba di sampaikan.

kisah seorang hamba Allah yg baik amat menyayangi sahabatnya..bertajuk "tidak ingin kau pergi".. 

dan EKSPEDISI CINTA..menarik~...
dan BEBERAPA LAGI CERPEN terdpt dlm buku ni..

saya cadangkan kepada anda untuk mendapatkan buku koleksi cerpen ‘Matahari’ oleh saudara Hilal Asyraf. Saya jamin anda tidak akan berasa rugi jika membaca karya-karya beliau. Bukalah mata, bukalah minda. Berfikirlah apa yang cuba disampaikan. Semoga apa yang anda baca di dalam buku ini mampu memantapkan lagi iman di dada. INSYAALLAH :)