UKHUWAH DOESNT ALWAYS NEED TOGETHERNESS AND CONVERSATION AS LONG AS THE RELATION LIVE IN THE DUA'AA

Monday, June 6, 2011

JODOH...

kan manis kalu jodoh itu dtg sendiri tnpa kita cari dan sedari... so sweet~

CAKAP PASAL JODOH YER MAHIRAH??hmmmmm...

X LAMA DAH TU KITA NK RS NASIK MINYAK..( iyer...6ti ak msk nasik minyak utk korng yer..tau la ak msk sedap.. :P)

EMMMMMM..NAMPAKNYA DA SORG LAGI ADIK ABG NK KAWIN..

hahaha...mcm2 yer andaian korng..NOTY2!~...ni baru post status tu cmtu kat fb..kalu betol2 cmne???haisssshhh!!..mintk2 tak..awal ag..xnk222!...hihihi

aritu pnh la jugak borak ngn kawan pasal..kawin org MALAYSIA ngn org MESIR..haha..ORANG ARAB~!..ni nk citer skit perkwnn org arab..mmg mantap r..haha

kalu hantaran org arab..PERRRRGGGGHHHHH...mmg heaven r...kat dunia..hahaha..
hantaran mmg istimewa..kalu nk kawin,mesti atau WAJIB ada umah,kereta,pekerjaan tetap iaitu kerja kerajaan kot,da kedai bg kat ayah pompuan..semua benda ni bg kat pompuan..PERRRGGGHHH...sbb tu org pompuan arab gila2 nak kawin..(sumber dr kwn)..hmmmm...ni x termsk duit hntrn ag...kalu duit hntrn
pompuan yg kaya2,cm anak menteri ke..da pngkt la=puluh2 ribu 50 000 geneh
 pompuan kaya,org biasa=belas2 ribu..dlm 15 000 geneh
pompuan sederhana=kurng 10 000 geneh

kalu majlis dyeorg,da jugak buat mkn2 cm kat kita..tp cm x meriah je...lebih meriah ag jamuan kat msia..
mlm2 lepas je majlis smua tu,dyeorg akn buat perarakan...yg x thn yer...dyeorg akn bunyi kn hon..mmg bising la.PING!!..PING!!.PING!!!..mcm2 irama hon da..meriah..mmg meriah...

x terpikat ngn org arab ke???*SIGH*...hahah..itula soklan ak pnh kena tnya..
haissshh..susah2..susah nk jwb niiii..hmmmmmm....hahahhaha....org msia da,wat pe nk cari org jauh2,x balik msia la ambe ekg..org arab bila da jd suami,mmg dye akn control bini dye betol2...isteri x bole sedikt pon bntah suami...hmmmmm...susah jugak cmni..xkn nk ikut laki 100%..hehehe...xnk22..org arab bengken..hihi..x jugak.x semua cmtu.. :))

JODOH DAN KEMATIAN SEMUA TU TELAH D TETAPKN,CUMA KITA PERLU BERDOA KPD ALLAH
KURNIAKANLAH JODOH KPDKU YG BAIK BAGI-MU DAN KPDKU JUGA

Friday, June 3, 2011

SHARING PART 1

ASSALAMUALAIKUM..

hari ni 3 jun 2011 persamaan 1 rejab 1432..dh masuk bulan rejab dan tinggl 2 bulan ag masuk bulan penuh 
keberkatan iaitu bulan ramadhan..smbl tu tgh countdown nk balik..hihihi

(3:158)
dan sungguh sekiranya kamu mati atau gugur pastilah kpd Allah kamu d kumpulkn
- yap,lepas je mati pasti kita semua akn d bngkitkan semula dan d kumpulkn d pdng mahsyr iaitu d alam akhirat...

(3:159)
maka berkat rahmat ALLAH engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka.sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dr sekitarmu,karena itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunn utk mereka dan bermusywarahlah dgn mereka dlm urusan itu.kemudian,apabila engkau telah membulatkan tekad,maka bertawakallah kpd ALLAH.sungguh ALLAH MENCINTAI org yg bertawakal.
-manusia x penh terlepas drpd buat kesilapn..lagi2 kesilapn berkata2..terlajak perahu boleh undr,tp terlajak kata badan binasa..selain itu,kesalahn dr segi perbuatan seperti guna kn bomoh utk kena kn org..yg tu mmg xbole lupa la kn kalu da org wat kat kita cmtu...jauh2 kan la..tapi kalu dyeorg mohon maaf,maafkn la dyeorg walaupun kita xleh lupa apa yg dyeorg pnh buat kat kita..org yg mudah maaf kn org,org yg ingt pada akhirat...

(3:165)
dan mengapa kamu(heran) ketika di timpa musibah(kekalahn pd perng uhud),padahal kamu tlh menimpakn musibh dua kali lipat (kpd musuh-musuhmu pd perng badar)kamu berkata,'dr mana dtngnya (kekalahan) ini?'.kataknlh 'itu dr(keslhn) dirimu sendiri.'sungguh Allah maha kuasa atas segala sesuatu
-masing2 pnh terima musibah/cubaan/dugaan...cuma atas diri kita sendiri sama ada nk terima ujian tu ke x..jgn la salahkn org lain kalu kita d timpa musibah..Allah tau thp mana kita boleh hadapi ujian tu..jgn menuding jari ke org atas keslhn kita..sekali kita menuding jari,mybe 4 kali kena kat kita balik(lebih drpd satu r).....muhasabah diri balik.apa silap kita..kalu pernh gagal dlm peperiksaan,ni bukn salah sape2..salahkn diri kita dulu coz x usaha ngn betul. :))

riak dlm hati lebih bhya riak kat luar...jauh2 kan la sifat riak dan takabur ni..walau setitik je timbul dm hati,mmg dh d kira riak..YA ALLAH,mcm mana la nk tangani sifat ni...kita pon x sedar yg riak dlm hati bole timbul..contohnye...hey..beautiful lady..BRAVO!..you can answer my question!..*big smile*...'dh la pnggl ak beautiful,puji ak plak tu'...monolog dlm hati...JAUH2KANLA SIFAT ni....

kalu bole..ingtla,da org lebih baik drpd kita..jgn la hnya pndang org bawah drpd kita,pndang la org yg lebih tinggi akhlaknya,budi nyer..agama nya..dan lain2.. :))

Thursday, June 2, 2011

SELAMAT DATANG BULAN REJAB :))

ASSALAMUALAIKUM

sekarang dh masuk bulan rejab,pastu bulan syaaban dan.tnggl 2 bulan ag bulan ramadhan..rs x sabar nk masuk bulan ramadhan..bulan yg penuh keberkatan :))

JOM KITA BACA RIWAYAT MENGENAI BULAN REJAB


“Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT."
"Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rejab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT."
"Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal"
"Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rejab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam."
"Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rejab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya."
"Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rejab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT."
"Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?” Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau di bulan Rejab.”
Dalam sebuah riwayat, Tsauban bercerita:
 “Ketika kami berjalan bersama-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT." 
Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?” Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rejab, dan mereka tidak tidur semalam untuk beribadah sahaja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”
Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”



Monday, May 30, 2011

NOW,you r not important for me..

as we grow up,we learn that even the one person that wasn't supposed to let us down probably will you'll  have your heart broken,probably more than once,and it's HARDER every time. you'll break hearts too,so remember how it felt when someone broke yours. you'll fight with your best friend and maybe even fall in love with them. you'll blame a new love for things an old one did. you'll cry because time is passing too fast and you'll eventually lose someone close to you. so take too many pictures,laugh too much,and love like you've never been hurt because every 60 seconds you spend angry or upset is a minute of happiness, you'll never get back!

DO WHAT MAKES YOU HAPPY
BE WITH WHO MAKES YOU SMILE
LAUGH AS MUCH AS YOU BREATHE
LOVE AS LONG AS YOU LIVE

NEVER TAKE A PERSON FOR GRANTED
HOLD EVERY PERSON CLOSE TO YOUR HEART CAUSE YOU MIGHT WAKE UP ONE DAY & REALISE THAT YOU'VE LOST A DIAMOND WHILE YOU WERE TOO BUSY COLLECTING STONES.

HEAL THE PAST
LIVE THE PRESENT AND DREAM THE FUTURE

thanks for the everything~..we may not like before..sorry

Sunday, May 29, 2011

BRACES..


ramainyer kwn2 ak pakai braces...nk pakai jugak!!.
bkn sbb saje2 nk pakai tp sbb gigi da prob..sbb tu nk pakai jugak

hmmmmm....nak pakai kat msia ke kat mesir????ramai je org buat kat mesir..huhuu

kalu buat kat mesir
kos murah je...x semahal buat kat msia..dn pakai sethn setgh..skjap jela kan..bergntung pd gigi ke??
tp...dentist kat cni x scan dulu gigi kita,terus pakai...jupe je byr deposit then psng apa er...tp bkn besi la..
xperlu scan..hmmmm..tkt jugak..da certain org kalu nk pakai braces kena operate,tp kat cni cm xkena operate pon..ramai org pakai,xda operate pon..
abis tu,kalu pakai braces bkn kena cabut gigi ke...??doktor akan cabut ms nk psng 6ti..
owww...ok2..

kalu buat kat msia
kalu buat ngn swasta mahal..kalu buat ngn kerajaan mmg xkn la kan...sia2 je menunggu 5thn last2 x jd pakai..huhu
kalu kat msia,doktor scan dulu gigi kita..kena cabut yg mana,perlu operate ke x..dgn buat scan ni boleh agak berapa lama awak kena pakai braces...
gigi ni da masalh,kena cabut sbb bertindih..huhu
so,nk pakai ke x??..kat msia ke kat mesir?...bincng ngn fmly r..next year keputusan nyer..hmmmmmm....

Thursday, May 26, 2011

CUACA PANAS DAN DEHIDRASI...


hari ni sgt22 panas...ni baru permulaan,belom pertghn  dn pengakhirn..cmne la keadaan bila dh smpai pertghn,berapa agak nyer suhu,adakah 50 darjah celcius??..permulaan je dh x larat dh...cm kena dehydrate betol2..panas kepala amat sgt..smpai umah je dh kena migrain dn demm..alhmdulillah..dh sihat selepas telan panadol 2 biji...x suke demm~..huhuhu..adakah nk terus berkekaln cmni smpai balik msia??x boleee...6ti exam,kena jaga kesihatan..tu yg penting...

Mesir bakal menghadapi kedatangan musim panas tidak lama lagi. Cuaca persekitaran mampu memberi implikasi yang buruk kepada kesihatan badan manusia. Bagi sesetengah orang terutama yang berada dalam kumpulan berisiko seperti warga tua, bayi dan kanak-kanak selain mereka yang berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah tinggi, cuaca panas melampau boleh membawa kepada komplikasi kesihatan lain.

Antara risiko cuaca panas melampau adalah masalah dehidrasi iaitu kehilangan air daripada tubuh juga mineral lain dalam darah seperti potassium dan sodium yang berperanan dalam fungsi organ iaitu ginjal, otak dan jantung. Hal ini kerana air merupakan salah satu molekul penting dalam badan manusia dimana 57 hingga 75 peratus daripada berat badan kita.


Malah ramai yang tidak tahu, masalah kehilangan air atau dehidrasi juga boleh menyebabkan kekeliruan, kelesuan selain menjejaskan pernafasan dan denyut nadi serta sembelit.

Dalam keadaan normal, peluh yang terhasil apabila kita panas membantu menyejukkan tubuh apabila ia tersejat di permukaan kulit. Bagaimanapun, jika hari terlalu panas, terlalu berpeluh akan menyebabkan sistem ini gagal. Suhu tubuh berpotensi meningkat ke tahap yang bahaya.

Ia boleh menjadi punca berlakunya keletihan atau kepanasan melampau. Malah boleh menyebabkan sakit kepala, pening , kejang otot serta pengsan.


Bagaimana untuk mengelakkan masalah ini?

1) Minum banyak air 


Disebabkan anda kehilangan air dalam tubuh, anda juga perlu menggantikannya semula. Dalam keadaan biasa, seseorang yang memiliki berat badan 58 kilogram sepatutnya meminum lapan gelas air sehari. Iaitu berdasarkan peraturan biasa, untuk setiap 0.9 kilogram berat badan, anda memerlukan 28.4ml air.

Bagaimanapun, dalam cuaca yang panas, pengambilan air patut ditingkatkan. Sebaiknya nikmati air suam atau mungkin jus buah-buahan tetapi bukan minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat atau alkohol hanya akan membuatkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan. Minuman ais juga sepatutnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kekejangan pada perut.

2) Ubahsuai diet anda 


Elakkan makanan pedas atau berat. Makanlah makanan sejuk terutama salad atau buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.

3) Rasional dalam melakukan senaman 


Jangan bersenam atau beriadah pada waktu petang yang panas. Anda mungkin boleh memilih waktu lain yang lebih sesuai.

4) Pilih pakaian yang sesuai 

Pastikan anda memakai baju dengan warna-warna terang, longgar dan diperbuat daripada kain kapas. Baju berwarna gelap menyerap haba.

5) Elakkan perangkap haba 


Parkir kereta anda di kawasan yang tertutup. Kalau boleh berada dalam kawasan berhawa dingin. Jika perlu keluar dari pejabat atau rumah, pastikan anda sentiasa membawa air.

Fakta

Kesan haba panas pada tubuh

• 20 darjah Celcius - selesa, denyut nadi normal.
• 25 darjah Celsius - peluh biasa.
• 30 darjah Celsius - Ketidakselesaan.
• 40 darjah Celsius - Kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi pantas, letih.
• 45 darjah Celsius - Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering.

p/s:jagala kesihatan anda..sebagai langkah awal penjagaan..kerana peperiksaan dh x lama lagi..utk bdk medik tinggal beberapa minggu ag..bdk farmasi tinggl satu bulan ag...selamat maju jaya!


7 PERKARA GANJIL MENIMPA MAYAT


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah SWT. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”
” Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu. ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah sewaktu hidupnya. Lantaran Allah menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telah pun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”
Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.” ” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
” Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”
” Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu. ” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
” Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,” ” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
” Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada-Nya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.